Program Penyerahan Slip Exam 2025 Irdina

Hari ni merupakan Program Penyerahan Slip Exam bagi tahun 2025 sekolah kakak Irdina

So hari ni ibu abah amek cuti sehari 

Nak mengadap guru kelas dan sekaligus amek kakak balik dari asrama


Kami (aku, Cik Pu, Luth & Inara) makan breakfast dulu kat Library Cafe

Lepas makan, kami hantar Inara ke sekolah

Budak banyak songeh tak boleh bawak pergi program lama-lama..

Nanti macam-macam perangai dia keluar

So, sebelum apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku, 

kita hantar dia ke sekolah seksiap...hahaha!


Menapaklah makyong ni ke tingkat 3 kelas dia...fuhhhh

Boleh tahan mengahlah aku bila sampai kelas dia tu


Sampai sampai kelas kakak, ada 1 family je yang tengah jumpa guru kelas (ustaz) dia

Cik PU pulak tak sampai-sampai lagi, dia pergi tandas (hmmm..habit biasa dia...)

Masak aku nak kena jumpa ustaz sorang-sorang

Ustaz pandang aku, aku pandang ustaz..hahaha!

Dah la masa perjumpaan yang UPSA sebelum ni aku pernah menangis depan ustaz

Aduhhhh...malu pulak bila teringat moment tu...hahaha!

Then, aku tanya..."macam mana Irdina kat kelas ustaz?"

Pastu ustaz jawab "sederhanaaaa..."

Pastu ustaz tunjuk semua result yang ada untuk ditandatangan

Ustaz pun macam kalut-kalut nak pergi sekolah anak dia amek report card anak jugak

Aii ustaz..takmau kalahhh..hahaha!

Dah aku siap tandatangan semua, baru Cik PU sampai..

Apoooooo...


Aku soh Irdina collect semua buku teks Tingkatan 2 dia dan bawak balik untuk balut

Kakak pun baru kalut laa nak kemas & kira semua buku teks yang dia dapat

Bila aku soh dia tangkap gambo dengan kawan-kawan dia, dia boleh kata takmauuu

Ni sorang lagi...apooooo

Bila tanya kenapa, dia kata maluuuuu

Apoooooo...

kau tahu tak semua tu kenangan???

Dahhh..kalau takmau tangkap gambar, jomlah kita balik


Kebetulan turun-turun bawah, jumpa kawan sekren dia merangkap anak labmate aku

Senang cerita...yang aku betul-betul kenallah!

Apa lagi, buat macam sekolah sendirilah...hahaha!

Jerit panggil anak orang dari jauh..

Padahal sebelah tu Makmal Sains student tengah belajar...kihkihkih

Sorrylah..mak excited terlebeyyyy :p



Pastu dah settle amek slip kat kelas dan semak bayaran yuran kat kaunter khas,

ajomlah kita pi asrama amek barang-barang yang dah di-pack dan balik rumah

Aku dah tak larat dah time ni

Mamarazi dari dalam kereta jelah..pun boleyyyyyyy! 

hahaha!


Untuk tahun ni, ibu pejam mata je la dulu dengan result ang kakak oiii

Tapi, dalam kereta memang kena tazkirah pendeklah dengan aku

Tak tahulah dia dengar ke tidak bebelan aku tu

Tengok macam insaf je tuuuu


Sekaliiiiiii...pandang belakang tengok-tengok dia dah lelap 

Macam tu je dia ayam-ayamkan aku...ceit!

Cuti sekolah ni, ang siaplahhhh

Ibu dah plan beberapa tuisyen untuk ang :p


Almost 24 weeks

Petang tadi aku ada appointment jumpa Dr kat KK (Klinik Kesihatan)

Hari ni masuk 23 weeks 5 hari..almost 24 weeks

Sedikit frust sebab ingatkan bila appointment jumpa Dr ni, Dr akan scan baby dalam perut

Rupanya tidak ya hari ni..huhu


Aku ada banyakkk soalan nak tanya kalau dia scan tadi

Baby ok ke?

Apa gender baby?

Placenta saya masih lower lagi ke?

.....

Ye...saat ni aku masih tak pasti gender baby

Nak beli barang baby pun serba salah

Tapi firasat aku & anak-anak yang lain mengatakan baby kali ni lelaki

Tak tahulah betul ke tidak

Nak tak nak, kita tunggulah nanti minggu depan detail scan & scan 5D yang aku dah booking kat klinik swasta

Masalahnya...bila tadi dia tak scan, apa je yang dia check?

Dia check result FBC & urine FEME yang aku dah siap buat kat lab

Result FBC dah alhamdulillah, improved...dari 10.6  ---> 11.4

Result Urine FEME tadi yang lain semua negative kecuali protein ada "trace"

Saja aku tak repeat kat lab sebab nak tengok apa kata Dr

Sekali, dia suruh aku minum air masak banyak dan repeat urine FEME 

Dan, ofkoslah result lepas tu cantik...semua negative

Lepas tu, dia soh aku duduk luar bilik sebab dia nak taip rekod dalam sistem

????

Jumpa dia duduk dalam bilik tu tak sampai 3 minit pun

Lebih baik aku review result kat lab je petang ni..takyah pi KK..aduhh

Aku siap tanya.. "Dr tak scan ke hari ni?"

"Oh tak..hari ni takde scan..."

Aduhh..kita bukan takde keja nak pergi saja-saja macam ni

Frust betul rasa!

......


Bagi meredakan ke-frust-an aku, aku ajak Cik PU ke Affin Bank

Aku nak survey dan recce pasai Fixed Deposit (FD)


Masa kat bank tu, aku borak dengan banker Chinese ni...

dia kata FD tak boleh lawan dividen ASB, 

sebab FD memang sikit je dividen dia berbanding ASB

Tapi orang Cina tak boleh beli ASB sebab hanya untuk bumiputera, 

Diorang nak beli ASM pun ada kuota dan kena tunggu bila dia bukak je

so diorang melabur buat FD laa..

So, aku pun buat keputusan tak jadilah melabur dalam FD..hihi



Lepas pi Affin Bank tu, aku ajak Cik Pu pi kedai baby baru bukak

Saja nak survey-survey harga barang

Ada barang yang harga lebih kurang Shoppe, aku beli

Sempatlah rembat...

sabun basuh baju baby, sabun basuh botol, pampers tambah 1 pack lagi, tuala baby, dan lain-lain benda kecik-kecik

Kedai ni 2 tingkat..ada jual macam-macam

Brand botol susu yang best-best pun ada jual..tapi harga Shoppe lagi murah laa



Lepas tu aku ajak menyinggah Family Mart yang jugak baru bukak kat area sini

Ada tempat makan lagi dalam kafe dia

Dahlah bukak dari pukul 7.00 pagi sampai 1.00 pagi

Cik PU kata kalau malam-malam lapar, bolehlah datang sini..

chuiiiih! yo yo oh je mamat tu...

hahaha!


Musim Konvo

Sedar tak sedar Majlis Konvo USM yang ke-63 dah pun melabuhkan tirainya

Bila musim-musim konvo ni, 

teringatlah pulak gambar-gambar konvo aku masa Master November tahun lepas yang tak post-post kat mana-mana media sosial..

Followers perlu tahu tajuk hashtag dia..kihkihkih

Tak sangka dah setahun berlalu...how fast time flies..




Yang ni gambar pre-konvo aku bersama partner in crime lepas kami collect jubah 

Kami takde hired mana-mana profesional photographer pun, 

yang ada hanyalah bekas photographer je tolong amekkan gambar --> Cik PU

Tu pun guna handset cokia je..hehe



Majlis Konvokesyen USM yang ke 62, Sidang ke 3

November 2024




Bila teringat balik kenangan konvo ni, ofkos aku akan teringat balik perjalanan masa buat master ni

Tak senang, tapi tak susah untuk senang tajuk dia

Alhamdulillah, aku diberikan support sepenuhnya dalam journey ni

Terutama daripada Cik PU

Dialah yang tolong take care anak-anak time aku tak sempat

Dialah yang drive dan temankan aku kehulu kehilir buat labwork

Lagi lagi time nak kena buat test kat Kampus Induk & Transkian time PKP

Kalau takde dia, tak mampu rasanya nak proceed master ni

Lagilah pulak sambung belajar part time sambil full time kerja kan

Hmm...nantilah kalau ada masa aku story panjang pasal journey master ni

Mix feeling pulak perasaan dia







Kalau ada gambar pre-konvo dan konvo, mestilah gambar post-konvo pun kena ada

kata blogger...ahhhh gittewww...haha!

Masa nak pulangkan jubah pun sempatttt tangkap gambar lagi

Cik PU dengan anak-anak pun melayan..mak pun apa lagi

kesempatannnnn yang ada jangan disia-siakan :p

....

Hopefully bila anak-anak nampak aku sambung belajar ni, 

diorang dapatlah serba sikit inspirasi untuk belajar lagi tinggi daripada aku.

Bila ada yang tanya bila nak sambung PHD?

Hmmm..nantilah..sekarang masa untuk aku growth anak-anak pulak

Biar aku jadik cikgu diorang kat rumah dan diorang boleh terbang lagi tinggi!

(InsyaAllah....)